+ Balas Topik
Muka 1 dari 2
1 2 Muka TerakhirMuka Terakhir
Kiriman 1 hingga 20 daripada 28
  1. #1
    Ahli Junior tajdidsegar is on a distinguished road tajdidsegar's Avatar
    Daftar Pada
    21 Apr 2008
    Lokasi
    Perak
    Kiriman
    125
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 2 Posts

    Menolak Pelawaan Jin

    PERTANYAAN:
    Sender's Name: XXXXXXXX
    Sender's Email: XXXXXXXX@miricouncil.gov.my
    Message: Saya mempunyai kawan jin sudah agak lama dan tidak dari mana
    datang nya jin2 dan tujuan makluk ini berkawan dengan saya. Tapi pernah
    berapa kali makluk ini menjelma dihadapan saya nenceritakan tujuan
    mereka berkawan dengan saya adalah disebabkan perjanjian nenek moyang saya
    dengan mereka pada masa dahulu.
    Masaalah nya sekarang, saya hendak menhilangkan terus makluk ini dari
    diri saya. Lagi pun saya tidak tahu dan tidak pecaya dengan kelebihan ya
    ada pada makluk ini. Walaupun saya pernah diajar oleh makluk ini cara2
    untuk menggunakan mereka dengan hanya menyuruhkan mereka melakukan apa
    saja yang saya ingin kan. Pernah saya mencuba tapi yang saya takuti ya
    lah boleh menyebebkan saya kepada sirik kepada Allah S.W.T. Kerana
    mengikut hukum, kita hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah S.W.T
    sahaja.
    Saya ingin meminta nasihat bagaimana hendak menhilangkan atau menyuruh
    makluk ini pulang ke tempat asal nya. Terima Kasih.

    JAWAPAN:
    Berdasarkan cerita tuan, maksudnya jin-jin itu datang dengan sendirinya (kerana tuan tidak pernah pun menjemput mereka melalui upacara tertentu) kerana pernah ada janji yang terikat antara nenek moyang tuan dengan mereka suatu ketika dulu. Melalui perjanjian ini, biasanya jin-jin ini akan terus bersama dengan salah seorang daripada keturunan nenek moyang tuan. Jin jenis ini dinamakan ‘saka’.
    Ada tidak ahli keluarga ataupun saudara mara tuan yang menghadapi masalah yang sama? Kadang-kadang ada jenis jin yang menjaga keseluruhan keturunan itu tanpa perlu berteman dengan individu tertentu. Jika tidak ada, maksudnya mereka mahu berdamping dengan tuan sahaja.

    MENJAUHKAN JIN SAKA
    Jadi masalahnya sekarang adalah tuan hendak menghilangkan terus jin-jin ini daripada diri tuan. Ada beberapa cara, namun keberkesanannya bergantung juga kepada kedudukan kes yang berbeza-beza.
    1. Tuan berubat kepada mereka yang ada kemahiran dalam hal berkaitan iaitu para perawat yang diyakini soleh
    1. Tuan jadikan diri seorang yang soleh dengan meningkatkan ilmu, iman dan amal. Cara begini dapat membantutkan minat jin-jin yang tidak soleh. Namun begitu, jika jin-jin yang datang itu daripada jenis muslim yang soleh juga, kemungkinan mereka akan lebih terpikat lagi.
    1. Tuan boleh berunding dengan jin-jin tadi dan nyatakan ketidaksediaan untuk bersahabat dengan mereka dengan cara yang baik. Dalam sebahagian kes, ada jin-jin yang sedia bertolak ansur. Pernah seorang hamba Allah cuba diajak bersahabat oleh puteri jin dari kalangan bunian. Jin wanita ini memberi syarat agar mengibarkan sehelai kain (selensang) di tepi hutan dan menyeru namanya. Hamba Allah tadi tidak melakukannya dan dia bebas sampai sekarang tanpa gangguan. Masalahnya dalam kes tuan ini sudah wujud PERJANJIAN. Sefaham saya, jika ada perjanjian mereka sukar bertolak-ansur.
    1. Jika mereka ada memberi syarat-syarat tertentu ataupun bacaan-bacaan serta amalan-amalan tertentu, jangan diamalkan. Ada jenis jin yang minta kita buat kenduri setahun sekali (contohnya), sekiranya tidak dibuat maka ia akan mengganggu ahli keluarga. Cuba tidak buat sekali, tengok dulu sejauh mana kemudaratan yang mampu ia lakukan. Kalau mudarat, cepat-cepat berubat.
    1. Tuan tidak perlu minta bantuan mereka. Buat tidak tahu saja.
    1. Cuba cari kemungkinan ada barang-barang tertentu yang menjadi ‘tumpanagn’ mereka seperti perhiasan lama, keris warisan, cucuk sanggul, kain tiga warna, bekas-bekas tembaga, kalong, barang-barang kemas turun-temurun ataupun selainnya. Minta bantuan orang-orang yang ahli untuk membuang benda-benda ini.
    KELEBIHAN JIN
    Tuan mengatakan ‘tidak tahu’ akan kelebihan jin-jin itu. Biasanya ada beberapa jenis:
    1. Jenis yang mengawal keluarga
    2. Jenis yang mengawal rumah, harta dan tanah seperti hantu raya
    3. Jenis ahli silat
    4. Jenis ahli perubatan seperti bidan, pawang buaya, tabib tradisional
    5. Jenis belaan untuk mengenakan orang lain seperti pelesit, bajang, hantu raya
    MEYAKINI KELEBIHAN JIN
    Tuan juga tidak yakin dengan kelebihan-kelebihan makhluk ini. Sebenarnya makhluk-makhluk ini memang ada kelebihan tertentu mengikut bangsanya- sebagaimana yang Allah ciptakan. Ada yang jenis bodoh seperti haiwan dan ada yang jenis bijak seperti cendekiawan. Ada yang jenis lembik dan ada yang jenis gagah perkasa. Ada yang jenis lembab dan ada yang jenis pantas ke sana ke mari. Ada yang boleh menyamar, menjelmakan diri, pandai merawat menggunakan doa ataupun bahan-bahan daripada alam semulajadi, pandai bertempur, pandai membidan dan sebagainya.
    Ringkasnya mereka sama seperti manusia dan haiwan cuma mereka tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Samalah seperti kuman-kuman yang tidak dapat dilihat tetapi diyakini mampu membawa mudarat dengan izin Allah. Begitu juga dengan kesan radiasi nuklear, arus elektrik pada wayar yang terputus dan virus yang sedang berpindah dari satu telefon bimbit ke satu telefon bimbit. Semuanya tidak dilihat dengan mata tetapi diyakini kemudaratan yang mampu dibawanya dengan izin Allah. Jika anjing yang boleh dilihat dengan mata itu mampu menyakiti kita dengan cara menggigit, maka ada jenis jin yang tidak dapat dilihat itu juga boleh menyakiti kita dengan cara menggigit. Namun semuanya bergantung kepada izin Tuhan kerana Dialah punca segala gerak (*hakikat).
    Pernah ada seorang sahabat membunuh seekor ular tetapi kemudiannya sahabat itu juga mati menggelepar sebagaimana matinya si ular tadi. Rupa-rupanya ular itu ialah jin. Maksudnya ada jin-jin lain yang datang membalas dendam. Selepas kejadian itu Rasulullah menyuruh para sahabatnya mengusir sebanyak tiga kali sebelum membunuh mana-mana ular di Madinah.

    KURANG MAKLUMAT
    “Walaupun saya pernah diajar oleh makluk ini cara2 untuk menggunakan mereka dengan hanya menyuruhkan mereka melakukan apa saja yang saya ingin kan. Pernah saya mencuba tapi yang saya takuti yalah boleh menyebebkan saya kepada sirik kepada Allah S.W.T.”
    Bahagian ini agak umum pada saya. Sekiranya tidak keberatan, mungkin tuan boleh ceritakan ‘cara-cara’ tersebut dan ‘apa yang mereka mampu lakukan untuk kita’. Juga pengalaman tuan ‘cuba’ menggunakan mereka tempoh hari.

    MASALAH SYIRIK
    Umumnya ‘meminta bantuan jin’ dihukum syirik. Namun bagi saya ia bukanlah ‘pasti’ 100% syirik. Contohnya orang yang dapat berinteraksi dengan bangsa jin ini (kita namakan Ustaz Abdullah) meminta bantuan mereka: “Mustafa (nama jin), kamu tolong pergi cari daun sekian-sekian aku nak buat ubat kepada pesakit ini.” Lalu si jin pun pergi mencari daun yang dimaksudkan di tengah-tengah hutan pada malam hari dengan kadar segera.
    Cuba banding dengan situasi ini. Kita telefon adik kita yang berada di belakang rumah, “Ariff, tolong ambil daun sekian-sekian di tepi telaga, abang nak buat ubat bagi Pak Kamal ni.”
    Apakah dengan meminta bantuan sebegitu dikira syirik? Padahal beza Mustafa dengan Ariff hanyalah Mustafa tidak boleh dilihat (tapi kadang-kadang ia boleh juga dilihat oleh Ustaz Abdullah ataupun orang lain) manakala Ariff boleh dilihat (walaupun ketika bertelefon itu Ariff juga tidak kita lihat).
    Apakah kerana jin sukar untuk dilihat dan dikira ‘ghaib’ maka meminta bantuan kepadanya terus dihukum syirik? Padahal Allah mencipta bangsa jin dengan kelebihan-kelebihan tertentu. Jika kita tidak yakin kelebihan-kelebihan ini seperti ada sebahagian jin yang mampu menyamar ataupun bergerak pantas, maksudnya kita telah menafikan satu perkara daripada perkara-perkara ghaib yang Allah ciptakan. Apa pula hukumnya?
    Pada saya, hukum syirik ini jatuh apabila kita beriktikad bahawa yang berkuasa itu ialah si jin dan bukannya Allah. Seorang suami berkata kepada isterinya, “Leha, tolong goreng ikan.” Situasi harian begini juga boleh jatuh syirik sekiranya si suami beriktikad bahawa yang berkuasa menggoreng ikan dan menjadikan ikan itu bergoreng ialah isterinya dan bukan Allah.
    Begitu juga apabila kita berasa sakit kepala lalu kita telan aspirin. Jika kita yakin bahawa aspirin itu yang menghilangkan sakit kepala kita dan bukannya Allah, hal itu syirik kerana kita sudah menghukum ada ‘dua kuasa’ yang menjadikan Allah tidak Esa.
    Ada pihak menggunakan dalil-dalil tertentu untuk mengharamkan terus hubungan sesama hamba Allah iaitu jin dan manusia. Masalahnya, apa bukti yang mengatakan dalil-dalil itu mengharamkan 100% hubungan tersebut dan ia bukannya dalil-dalil yang umum?
    Kadang kala ada jin-jin yang datang dan menuntut ilmu agama kepada para ulama bangsa manusia. Apakah ini juga syirik?

    JIKA SAYA?
    Seandainya ada jin-jin yang berminat untuk bersahabat dengan saya sebagaimana dalam kes tuan, saya juga lebih cenderung untuk menolaknya, sama seperti tuan.

    PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
    Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
    26 MAC 2008

    http://myalexanderwathern.freephpnuk...rder=0&thold=0

  2. #2
    Ahli Baru royazman is on a distinguished road
    Daftar Pada
    9 Dec 2005
    Kiriman
    8
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    menarik jugak kes jin ni..aku kalau ade kelebihan ni nak gak..tapi takut.eheheh

  3. #3
    Ahli Junior kampung_girl is on a distinguished road kampung_girl's Avatar
    Daftar Pada
    10 Apr 2008
    Lokasi
    KL
    Kiriman
    396
    Thanks
    30
    Thanked
    10 Times in 9 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    kalo dah terime camane ek?kawn aku ade banyak jin nak dok ngan dia,
    ramai dia gi jumpe pengamal perubatan,ramai je yg nasihatkan dia 4 terima untuk kebaikan n jaga diri.jadi banyakle yg dah dia terima.
    ramai org yg sllau nampak dia dg 'seseorang'.tapi dia taktaupun ;'seseorang' tu ade dgn dia.
    ble ke?

  4. #4
    Ahli VIP el-lail is on a distinguished road el-lail's Avatar
    Daftar Pada
    3 Jul 2002
    Lokasi
    al-fikrah.net
    Kiriman
    3,488
    Thanks
    0
    Thanked
    3 Times in 3 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin



    Lain kes, lain caranya kan.. Ada kes, jin mengaku muslim..dia nak kahwin dengan manusia lelaki, kalau lelaki ni lalai, jin ini akan tegur, oleh sebab kecantikan ahklak keluarga jin ini, lelaki itu pun setuju berkahwin.

    Ada pulak kes, jin tak pernah nak tunjuk muka atau nak berdialog, selalu 'mendatangi' manusia tu menagih 'santapan batin' secara paksa.

    Kedua-dua kes ini, berlaku hanya ketika manusia itu tidur. Macam mana dengan dua kes ini pulak, saudara tajdidsegar?
    Maaf kerana telah menghilang dari ruang legar BDN.
    Temui saya, el.ilmy di www.al-fikrah.net untuk bersama-sama merungkai persoalan gangguan jin, sihir, akidah, fiqh, akhlak dan lain-lain.

  5. #5
    izafarid
    Pemerhati

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Quote Kiriman asal oleh tajdidsegar View Post
    berapa kali makluk ini menjelma dihadapan saya nenceritakan tujuan mereka berkawan dengan saya adalah disebabkan perjanjian nenek moyang saya dengan mereka pada masa dahulu
    Ini dah dalam kategori saka, yg bagusnya saka nie mintak izin untuk berdamping yg mana biasanya mereka main masuk ajer mana2 waris diaorg suka

    menarik jugak kes jin ni..aku kalau ade kelebihan ni nak gak..tapi takut.eheheh
    yg nie engko jgn risau, pasti ada kelebihan yg diberikan...
    yelah, mesti dia akan jaga engko dan penuhi segala kehendak engko sehingga akhir hayat supaya dia berteman dineraka kelak

    kalo dah terime camane ek?kawn aku ade banyak jin nak dok ngan dia,
    ramai dia gi jumpe pengamal perubatan,ramai je yg nasihatkan dia 4 terima untuk kebaikan n jaga diri.jadi banyakle yg dah dia terima.
    ramai org yg sllau nampak dia dg 'seseorang'.tapi dia taktaupun ;'seseorang' tu ade dgn dia.
    ble ke?
    banyak buruk dr baik untuk jangkamasa panjang, terutama di alam perkahwinan atau sewaktu akhir hayat

  6. #6
    Ahli Junior cipher is on a distinguished road cipher's Avatar
    Daftar Pada
    7 Apr 2008
    Lokasi
    "Kuala Lumpur, senyumanmu..."
    Kiriman
    297
    Thanks
    1
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    nak bt apa berkawan ngn jin..??
    cari bala nama nye tu...
    mmg la dia bleh tolong kita
    tp nnt ble kita nk mati
    dia ni la yg nyusahkan kita
    nk mati..
    bkn kita je,family ngn doktor pn jd susah.
    yelah,x bergerak tp bernafas..
    kan susah kan org tu..

  7. #7
    ThE KiNg VII se7en has a spectacular aura about se7en has a spectacular aura about se7en's Avatar
    Daftar Pada
    6 Mar 2003
    Kiriman
    13,169
    Thanks
    37
    Thanked
    193 Times in 131 Posts
    My Mood
    Aggressive

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    dalam bebyk kawan yg ade...JIN gak jadi pujaan hati..


    sebaik-baik jin adalah sejahat2 manusia.....
    Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH
    Tuhan yang mentadbir dan memelihara sekalian alam

  8. #8
    Ahli Senior cikgu-bakax is on a distinguished road cikgu-bakax's Avatar
    Daftar Pada
    26 Nov 2002
    Lokasi
    alor setar
    Kiriman
    1,067
    Thanks
    1
    Thanked
    28 Times in 14 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Quote Kiriman asal oleh se7en View Post
    dalam bebyk kawan yg ade...JIN gak jadi pujaan hati..


    sebaik-baik jin adalah sejahat2 manusia.....
    aku dok terfikir sapa la manusia yg jahat tu.

    lepas tu aku cari dia nak kawan dgn dia.
    "Jadikanlah makanan itu ubat, bukan ubat itu makanan"

  9. #9
    Ahli Junior PenditaGila is on a distinguished road PenditaGila's Avatar
    Daftar Pada
    4 Apr 2008
    Lokasi
    Malaysia
    Kiriman
    284
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Soal syirik ini amat jelas tetapi adat dulu kala masyarakat nusantara banyak 'membela'. Bergantung untuk melakukan sesuatu seperti jaga kawasan,jaga diri,jaga keluarga,jaga apa2 saja yang diarahkan oleh tuannya. So,kena jadi bodyguard dan pak guard. Bila makhluk halus ini diperturunkan turun temurun melalui akad warisan dan perjanjian, maka jadi 'saka'. Faedahnya hanya sedikit tetapi yang nak ditanggung sehingga ke anak cucu,cicit.......Yang kata pelawaan jin ni bila tuannya dah mati. Maka yang biasa bertuan akan cari pewaris macam citer waris jari hantu tur...Memang itu kisah benar berlaku. Kebiasaan dalam mencari waris memilih anak yang ganjil dalam kedudukan keluarga (1,3,5,7,9....) Bila pelawaan tak diterima, tur yang boleh jadi 1 keluarga diganggu macam2.

    Memang banyak kategori makhluk halus ini yang kita selalu sebut jin,syaitan,iblis,hantu,bunian..... tetapi masih banyak lagi dalam golongan hantu yang kita tak tahu. Kebiasaan golongan hantu ini banyak menjadi sahabat dalam masyarakat kita.Mm....

  10. #10
    ThE KiNg VII se7en has a spectacular aura about se7en has a spectacular aura about se7en's Avatar
    Daftar Pada
    6 Mar 2003
    Kiriman
    13,169
    Thanks
    37
    Thanked
    193 Times in 131 Posts
    My Mood
    Aggressive

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    bukan hantu=jin or syaitan??
    Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH
    Tuhan yang mentadbir dan memelihara sekalian alam

  11. #11
    Ahli Junior tajdidsegar is on a distinguished road tajdidsegar's Avatar
    Daftar Pada
    21 Apr 2008
    Lokasi
    Perak
    Kiriman
    125
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 2 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Quote Kiriman asal oleh PenditaGila View Post

    Memang banyak kategori makhluk halus ini yang kita selalu sebut jin,syaitan,iblis,hantu,bunian..... tetapi masih banyak lagi dalam golongan hantu yang kita tak tahu. Kebiasaan golongan hantu ini banyak menjadi sahabat dalam masyarakat kita.Mm....
    Sesiapa yang berminat dengan jenis-jenis hantu, bolehlah melawat ke blog saya http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/ . Pada muka depan blog tu, ada tertulis besar warna hijau "TULISAN-TULISAN BERSIRI' hasil nukilan saya sendiri. Salah satu tulsian bersiri itu adalah bertajuk 'SIRI BERCAKAP TENTANG JIN'. Setakat ini ada 7 siri. Klik saja pada nombor-nombor tu.

  12. #12
    Ahli Junior tajdidsegar is on a distinguished road tajdidsegar's Avatar
    Daftar Pada
    21 Apr 2008
    Lokasi
    Perak
    Kiriman
    125
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 2 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Quote Kiriman asal oleh kampung_girl View Post
    kalo dah terime camane ek?kawn aku ade banyak jin nak dok ngan dia,
    ramai dia gi jumpe pengamal perubatan,ramai je yg nasihatkan dia 4 terima untuk kebaikan n jaga diri.jadi banyakle yg dah dia terima.
    ramai org yg sllau nampak dia dg 'seseorang'.tapi dia taktaupun ;'seseorang' tu ade dgn dia.
    ble ke?
    Biasanya, kalau kita pergi minta nasihat tabib yang ada jin jugak, dia akan nasihat supaya kita terima saja. Saya suka sarankan agar dia minta nasihat perawat Darus Syifa bawah Dr Haron Din. Mereka ni memang tak guna jin, cuba dengar pandangan mereka pulak.

  13. #13
    Ahli Junior tajdidsegar is on a distinguished road tajdidsegar's Avatar
    Daftar Pada
    21 Apr 2008
    Lokasi
    Perak
    Kiriman
    125
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 2 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Quote Kiriman asal oleh el-lail View Post


    Lain kes, lain caranya kan.. Ada kes, jin mengaku muslim..dia nak kahwin dengan manusia lelaki, kalau lelaki ni lalai, jin ini akan tegur, oleh sebab kecantikan ahklak keluarga jin ini, lelaki itu pun setuju berkahwin.

    Ada pulak kes, jin tak pernah nak tunjuk muka atau nak berdialog, selalu 'mendatangi' manusia tu menagih 'santapan batin' secara paksa.

    Kedua-dua kes ini, berlaku hanya ketika manusia itu tidur. Macam mana dengan dua kes ini pulak, saudara tajdidsegar?
    Kes pertama, jika berlaku kepada saya, saya akan menolaknya. Eloklah jin kahwin sama jin, manusia sama manusia. Tentang hukum, saya tak ada ilmu. Harus ke haram ke.... perkahwinan manusia dengan jin ni, kena tanya para ulamalah.

    Dalam kes kedua, manusia itu mesti berubat kerana dia sedang dizalimi oleh makhluk Tuhan yang lain (jin tu le). Malah jika ada kemampuan memang kena melawan balik dengan cara-cara yang sesuai.

    Wallahualam.

  14. #14
    Ahli Senior k1dz is on a distinguished road k1dz's Avatar
    Daftar Pada
    9 Apr 2005
    Lokasi
    ./
    Kiriman
    2,131
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 2 Posts
    My Mood
    Twisted

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    adakah sama situasi berikut:

    - abu meminta tlg ahmad (jirannya) untuk menjaga rumahnya.
    - abu meminta tlg jin (sahabatnya) untuk menjaga rumahnya.
    A man asked Saidina Ali to show him God. He ordered him to Look at da sun but it's too powerful & hurts his eyes. He responded: "If u cant see da creation,how do u expect to see da Creator? - a walk to remember -

  15. #15
    Ahli VIP el-lail is on a distinguished road el-lail's Avatar
    Daftar Pada
    3 Jul 2002
    Lokasi
    al-fikrah.net
    Kiriman
    3,488
    Thanks
    0
    Thanked
    3 Times in 3 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin



    Quote Kiriman asal oleh tajdidsegar View Post
    Kes pertama, jika berlaku kepada saya, saya akan menolaknya. Eloklah jin kahwin sama jin, manusia sama manusia. Tentang hukum, saya tak ada ilmu. Harus ke haram ke.... perkahwinan manusia dengan jin ni, kena tanya para ulamalah.

    Dalam kes kedua, manusia itu mesti berubat kerana dia sedang dizalimi oleh makhluk Tuhan yang lain (jin tu le). Malah jika ada kemampuan memang kena melawan balik dengan cara-cara yang sesuai.

    Wallahualam.
    Kita doakan je mangsa-mangsa ini dapat clearkan dengan baik dan betul-betul clear.

    Quote Kiriman asal oleh k1dz View Post
    adakah sama situasi berikut:

    - abu meminta tlg ahmad (jirannya) untuk menjaga rumahnya.
    - abu meminta tlg jin (sahabatnya) untuk menjaga rumahnya.
    Tak sama tu..sebab kita dilarang meminta tolong dengan jin:

    Maksud ayat 6 suroh Aj-Jin:
    Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

    والله أعلم بالصواب
    Maaf kerana telah menghilang dari ruang legar BDN.
    Temui saya, el.ilmy di www.al-fikrah.net untuk bersama-sama merungkai persoalan gangguan jin, sihir, akidah, fiqh, akhlak dan lain-lain.

  16. #16
    Ahli Senior k1dz is on a distinguished road k1dz's Avatar
    Daftar Pada
    9 Apr 2005
    Lokasi
    ./
    Kiriman
    2,131
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 2 Posts
    My Mood
    Twisted

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Quote Kiriman asal oleh el-lail View Post
    Tak sama tu..sebab kita dilarang meminta tolong dengan jin:

    Maksud ayat 6 suroh Aj-Jin:
    Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.
    umm. bro, ade tafsir yg jelas tak... sbb perlindungan yg camne xleh tu. adakah sampai sekecil2 pertolongan pun tak di boleh kn (eg. tlg ajar matematik 1+2=3)
    A man asked Saidina Ali to show him God. He ordered him to Look at da sun but it's too powerful & hurts his eyes. He responded: "If u cant see da creation,how do u expect to see da Creator? - a walk to remember -

  17. #17
    izafarid
    Pemerhati

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Quote Kiriman asal oleh k1dz View Post
    adakah sama situasi berikut:

    - abu meminta tlg ahmad (jirannya) untuk menjaga rumahnya.
    - abu meminta tlg jin (sahabatnya) untuk menjaga rumahnya.
    persoalan yg agak lama terbuku dalam pala aku, dan aku rasa aku dah dapat jawapannya...

    seharusnya yang zahir meminta kepada yang zahir dan yg batin meminta kepada yang ghaib dan permintaan itu seharusnya kepada yang berhak.

    apabila abu meminta tolong ahmad untuk menjaga rumahnya itu adalah permintaan yg zahir kepada yang zahir itua dalah usaha atau ikhtiar dan seharusnya abu berserah (tawakal) kepada Allah untuk menjaga rumahnya.
    Permintaan itu adalah kepada yang berhak dimana abu meminta tolong jirannya yang waras bukannya saudara atau kenalan yg berada jauh dari tempatnya atau kepada jiran tidak waras atau tidak mampu membuat sebarang keputusan.
    Tawakal kepada yang berhak yakni kepada Allah yang Maha Berkuasa.
    Selain dari itu, saling bantu membantu semasa manusia adalah untuk menjaga keharmonian masyarakat, menjaga harta dan hak orang disekeliling kita adalah dituntut. cuba bayangkan, apabila abu meminta tlg ahmad, dengan manis ahmad menjawab, "jangan minta tolong pada aku, minta pada allah" pada pandangan abu kepada ahamd? sombong? tidak pandai berjiran/bermasyarakat? Elok duduk dalam hutan? esok lusa apa-apa jadi kat engko, jgn harap aku nak tolong?
    aku pun tak sure, tp adakan adap-adap dan hak jiran keatas kita kan? bagaimana kita boleh menunaikannya dan melaksannya dengan sebaik mungkin?

    bertentangan yang kedua dimana,
    abu meminta kepada yang ghaib untuk menjaga rumahnya. Persoalannya sekarang, kenapa harus meminta pertolongan kepada yang ghaib sedangkan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian? Dan pada aku sekiranya tiada orang disekeliling yang boleh membantu seharunya berserah sepenuhnya kepada Allah kerana dia sahaja yang mampu membantu. Lagipun, permintaan abu kepada yang ghaib itu adalah permintaan kepada yang tidak berhak untuk kita meminta. Meminta bantuan kepada yang ghaib seharusnya hanya kepada Allah dan bukan kepada yang lain. Sekecilmana apakah hak yang ada?

    Seperti dengan jiran, ada hak dan adap yang dituntut, begitu juga dengan saudara mara dan sahabat handai.
    Bagaimanapula dengan jin? Apa hak dia keatas kita dan apa pula hak kita keatas dia? ada ker?

  18. #18
    Ahli Senior k1dz is on a distinguished road k1dz's Avatar
    Daftar Pada
    9 Apr 2005
    Lokasi
    ./
    Kiriman
    2,131
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 2 Posts
    My Mood
    Twisted

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    ok.. bagaimana pula hal dlm bekerjasama? cth:

    abu dan ahmad (jiranya) saling tlg menolong utk repair kereta.
    abu dan ahmad (jin - sahabatnya) saling tlg menolong tuk repair kereta.
    A man asked Saidina Ali to show him God. He ordered him to Look at da sun but it's too powerful & hurts his eyes. He responded: "If u cant see da creation,how do u expect to see da Creator? - a walk to remember -

  19. #19
    Ahli Junior PenditaGila is on a distinguished road PenditaGila's Avatar
    Daftar Pada
    4 Apr 2008
    Lokasi
    Malaysia
    Kiriman
    284
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Kata nabi s.a.w : "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya"

    Oleh sebab yag demikian jika seseorang itu dirasuk ia dapat bergerak di seluruh tubuh. Tidak semestinya sesuatu tempat yang dianggap kebiasaan kebanyakan orang. Bahkan orang yang dirasuki itu dikawal mindanya dan pergerakkannya sehingga tidak sedarkan diri. Di dalam perubatan Islam memperkenalkan kaedah membuat air jampi melalui bacaan ayat2 suci AQ yang dibacakan pada air dan dihembuskan setelah selesai bacaan. Diberikan minum pada sipesakit supaya air jampi dapat mengalir dalam tubuh dan darahnya.

    Pedamping makhluk halus dipanggil khadam atau 'orang suruhan'. Mengikuti segala suruhan tuannya. Mempercayai selain daripada Allah s.w.t boleh memberi manafaat adalah syirik seperti meminta bantuan makhluk halus dan sebagainya. Kita jangan lupa di dalam golongan jin ada Islam dan kafir. Ada Islam mukmin dan bukan mukmin. Maka yang mukmin ini tidak mahu berdamping dengan orang awam. Golongan ini akan berdamping dengan orang kekasih Allah (wali,sufi,keramat) supaya dapat menuntut ilmu. Golongan jin juga mempunyai bangsa-bangsa seperti manusia juga. Kelebihan mereka berbeza-beza. Rupa bentuk mereka juga tidak sempurna seperti manusia. He,he,he,he.........

  20. #20
    izafarid
    Pemerhati

    Re: Menolak Pelawaan Jin

    Quote Kiriman asal oleh k1dz View Post
    ok.. bagaimana pula hal dlm bekerjasama? cth:

    abu dan ahmad (jiranya) saling tlg menolong utk repair kereta.
    abu dan ahmad (jin - sahabatnya) saling tlg menolong tuk repair kereta.
    kita ada hak atas jiran, saudara mara, dan mereka juga ada hak atas kita, yang mana ianya akan dihitung kelak
    bagaimana dengan jin? adakah mereka punya hak antara kita yang akan dihitung kelak?
    tak jauh beza dgn jawapan aku sebelum ini...

    Quote Kiriman asal oleh izafarid View Post
    ...
    Seperti dengan jiran, ada hak dan adap yang dituntut, begitu juga dengan saudara mara dan sahabat handai.
    Bagaimanapula dengan jin? Apa hak dia keatas kita dan apa pula hak kita keatas dia? ada ker?
    ...
    btw,
    apa yg best berkawan/mintak tolong dengan makhluk ghaib ini?
    Kiranya dia mendakwa dia islam, adakah benar dia islam? apa buktinya? Kata-katanya? Adakah dia berkata benar?
    Kiranya dia berjemaah dengan kita, adakah benar dia benar-benar islam, atau sekadar untuk merosakkan akidah kita untuk kesan jangkamasa panjang dan halus tanpa disedari, agar percaya kepada dia.
    Kiranya benar dia menolong kita, adakah pertolongannya ikhlas yang tidak mempunyai agenda tersembunyi?
    Manusia tidak sempurna dan sering melakukan dosa, seperti zina, mencuri, membunuh, menipu, fitnah dll
    Apakah dosa yang sering makhluk ghaib ini lakukan?
    Dengan manusia kita boleh memilih untuk berkawan dangan penjenayah atau alim ulama kerna kita dapat melihat dan menilai, bagaimana untuk menilai makhluk ghaib ini? Ada cadangan?

    Banyak keraguan disini, dan apabila berasa was-was apa yang perlu kita lakukan?

+ Balas Topik
Muka 1 dari 2
1 2 Muka TerakhirMuka Terakhir

Informasi Topik

Users Browsing this Thread

Terdapat 1 orang sedang membaca topik ini. (0 ahli dan 1 tetamu)

     

Topik Berkaitan

  1. Komen: 37
    Terkini: 08-11-09, 02:09 PM
  2. Warga Sumatra Barat Menolak Bantuan Pemerintah malaysia
    By hsbc in forum Bincang Berita dan Isu Semasa
    Komen: 77
    Terkini: 07-10-09, 02:37 PM
  3. Menolak Bahagia....
    By izhani in forum Bincang-Bincang BDN
    Komen: 28
    Terkini: 18-06-08, 06:44 AM
  4. cara terbaik utk menolak cinta...
    By Pu3Feesya in forum Bincang Luahan & Kaunseling
    Komen: 50
    Terkini: 25-08-05, 04:17 PM
  5. M$ menolak piawian XML format dokumen
    By bustamam in forum Bincang OS
    Komen: 2
    Terkini: 22-11-02, 09:14 AM

Nota

  • Anda tidak boleh membuka topik baru
  • Anda tidak boleh membalas kiriman
  • Anda tidak boleh menghantar kepilan
  • Anda tidak boleh mengedit kiriman